Saturday, February 20, 2010

BENGKEL ASAS PENULISAN KREATIF DAN MEMBINA BLOG

Para peserta sibuk melakukan tugasan yang diberi iaitu membina blog.Tujuan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada remaja untuk sering mengikuti pogram yang telah dilakukan oleh pihak masjid.. sambil mengikuti pogram dapat lah kita mendekatkan diri dengan masjid.semoga dengan edahan sebegini kita dapat menjadikan pemuda dan pemudi zaman sekarang menjadi seperti apa yang rasullulah inginkan.bersempena dengan maulidur rasul yang akan datang x lama lagi marilah kita menyemarakkan lagi sunnah nabi..

BENGKEL ASAS PENULISAN KREATIF DAN ASAS BLOG

bengkel asas penulisan kreatif dan asas blog

3 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fathimah binti Rasulillah


1. Kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.


2. Kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.


3. Tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

PROGRAM SMART MUKMIN@ MASJID JUMHURIAH



Satu program untuk Remaja@Jumhuriah akan dilaksanakan tidak lama lagi.Smart Mukmin@Jumhuriah.Ia akan dikendalikan oleh Jundi Resources.Butiran Program tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 27 Februari 2010
Tempat : Masjid Jumhuriah
Penyertaan : Remaja berumur 13-19 tahun
Yuran : RM 10 seorang

Pengisian.
1. Smart solat
2. Ice breaking
3. Slot Cintai kita
4. Praktikal wudu' dan solat
5. Halaqah al-quran
6. Rasulullah SAW idola kami

Jom Ikut serta!
Hubungi ; Ahmad akhir pawan chik (016 3873647)
wakil pemuda
masjid jumhuriyah, Taman Dato Harun

BENGKEL ASAS BLOG DAN PENULISAN KREATIF

Dewasa ini media cetak dan elektronik banyak memberi kesan pembangunan pemikiran masyarakat. Belia terutamanya remaja kini banyak terdedah kepada informasi berbentuk blog dan laman sesawang/sosial daripada televisyen dan bahan bercetak yang lain. Sebut sahaja Myspace, Facebook dan Twitter, pasti ramai remaja yang mengenalinya. Menurut kajian, purata 70 % belia menghabiskan masa 2 jam melayari laman internet setiap hari. Oleh itu amat bertepatan sekali bagi belia masjid mengadakan bengkel seperti ini untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia tentang teknologi ciber ini.

Jesteru, lujnah belia masjid jumhuriyah telahpun mengadakan bengkel asas penulisan kreatif dan blog untuk remaja pada 21 februari 2010, jam 9 pagi hingga 4 petang. speaker atau moderator yang terlibat ialah ust. ruzain shukur bin mansor yang akan mengendalikan slot penulisan kreatif manakala en. mohd faizuan mengendalikan dalam pembikinan blog.